Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Saturday, June 19, 2010

Kenangan Darjah 1


Terima kasih wat kawan aku Noor Asida kerana telah menguploadkan gmbar ni dlam fb.... Aku mencari gmbar-gmbar aku d sekolah rendah sebab semua gmbar aku d sekolah rendah hilang entah kemana.. Kalo tengok gmbar ni lawak je... dgn muka semua yg masih polos dan suci gitu.... Tengok tu, aku gak budak pompuan yg paling gelap.. Hahaha.... Nama guru kelas kite org tu Cikgu Habibah.. Dia baik betul dan penuh dgan sifat keibuan... Lemah lembut je orgnya.. Lama betul tak jumpa ckgu ni... Geng2 kite org ni ramai gak yg dah berjaya dlam hidup walaupun tak semua. Ada yang jadi cikgu, nurse, tudm, polis, askar, dan byak lagilah kerja lain yang leh menjamin masa depan derang termasuk akulah. Ade gak yg jd suri rumah sepenuh masa. Hari tu kite org gelak tngok gmbat ni. Lawak betul bila kite org compare gmbar ni dgan diri kite org sekarang ni... Lepas ni aku nak cari lagi dgan member gambar masa sek rendah dulu. Harap persahabatan kite org kekal sehingga lah kite org ke tua nanti.

Friday, May 7, 2010

Bertaut Kembali

Sudah lama aku meninngalkan zaman persekolahan.. Hampir 12 tahun zaman itu di tinggalkan dengan pelbagai kenangan tak kira kenangan manis ataupun pahit... Zaman sekolah lah yang paling seronok bagi aku dan menyingkap pelbagai kenangan yang sehingga kini aku tak boleh lupakan.. Bila aku ingat kembali kisah-kisah lama zaman ku di sekolah dulu aku senyum sendiri... Kekadang terasa nak kembali ke zaman sekolah pulak... Di sekolah dulu aku bukan lah pelajar yang baik dan tak lah pula jahat sangat... Aku tak jahat aku cuma nakal je.... Macam2 perkara dajal yang aku lakukan dulu bersama dgan kengkwan aku yang sedajal dgan aku... Tapi sekarang ni semua dah jd insan berjaya dan berguna.. Alhamdulillah....
Aku rindu sangat dgan zaman sekolah dulu dan aku juga rindu teman-teman aku yang sama belajar dgan aku dulu... Ada yang msih lagi berhubung dgn aku dan ada yang tak dapat d kesan... Masing2 dgan kerjaya dah sekarang ni agaknya... Tapi baru2 ni melalu Facebook aku bnyak jumpa balik kengkawan aku yang dah lama sangat aku tak jumpa derang... Rasa hepi tak terkira bila dapat jejak kasih dgan derang ni.... Tak sangka leh jumpa derang balik walaupun tak bersua muka lagi.... Setelah jumpa balik dalam jangka waktu yang panjang kite org plan nak wat reunion... Harap reunion yang kita org rancang ni berjalan seperti yang di rancangkan... Teringin sangat nak jumpa balik, bergurau senda dengan derang, nak tau perkembangan derang dan cite tebaru derang.... So harap Reunion ni berjaya dan harap kite org dapat bersua muka... Akhirnya persahabatan kite org yang sunyi bertaut kembali dlam suasana harmoni... Hehehehe....

Tuesday, May 4, 2010

Entah Mengapa.....

Minggu lepas sesuatu berlaku di sekolah... Tapi perkara ni tak berlaku ke atas aku... Walaupun tak berlaku ke atasaku, tetapi aku terkena tempias nya gak.... Minggu lepas housemate aku hampir d serang oleh ibu bapa kepada anak didik ku... Terkejut gak mula dengar khabar ni... Cita ni tercetus alksah si budak ni terlampau takut dgan pihak pergigian yg dtg ke sekolah... Kononnya dia takut kene cabut gigi... Dia fobia dr taun satu lagi...
Di sebabkan fobia kene cabut gigi maka budak ni pun bersembunyi d dalam bilik rmt dan tak nak msuk ke sekolah... Budak ni budak taun 3 dan nama dia Nurathirah.. Housemate aku ni pulak guru kelas derang.. Bila housemate aku ni dapt tau alkisah budak ni tak nak msuk kelas so dia mrah lah.. Keesoakan hari nya si budak ni tak nak dtg ke sekolah.. Bila tiba hari jumaat lak, housemate aku ni d panggil oleh pk kk kita org... So pk kk kite org ni bagi tau lah bahawa ibu bapa budak ni tak puas hati dan nak dtg menyerang housemate aku ni.. Dengar cita mula-mula bapa si budak ni nak amik tindakan sendiri.. Tapi setelah d nasihat oleh Pk kk kite org ni maka dia pun mengambil keputusan untuk dtg ke sekoah bersemuka dgan Guru Besar dan meluahkan ketidakpuas hatian dia terhadap housemate aku ni... Tapi semasa bersemuka dgan Guru Besar tak pulak housemate aku ni d ajak bersemuka sekali.. Walhal housemate aku ni dah mempersiapkan diri untuk bersemuka dgn ibu bapa tersebut walaupun gerun sebenarnya...
Selepas bersemuka dgan guru besar kita hal ni setel lah... Semalam aku pun mnyibukkan diri tok bertanya dgan budak ni apa yg housemate aku ni dah buat kat dia sampai ibu bapa dia nak dtg menyerang... Dia pun memberitahu aku alkisah dia dan guru kelasnya itu.. Dia bagi tau aku di d rotan oleh housemate aku ni sebanyak 10 kali dan dia mengalami kesakitan.. Kemudian dia bagi tau kepala dia d tolak oleh housemate aku ni dengan rotan sampai terhantuk ke dinding.. Sebab tu lah dia duk suruh ibu bapa dia dtang menyerang housemate aku ni....
Memang bercanggah lah cita yg aku dengar... Cita dr housemate aku pulak lain.. Housemate aku bagi tau aku dia pukul sekali je budak tu dan dia tunjuk kepala budak tu dgan jari dan tak lah sampai terhantuk ke dinding... Aku pun pening memikirkan sapa benar sapa salah... Tapi tindakan ibu bapa yg terus dtg mnyerang guru adalah salah... Kenapa ibu bapa tek leh berbincang secara baik dan aman dgan guru sebelum membuat keputusan untuk mnyerang ckgu... Tak semua perkara d selesaikan dgan cara yg keras.... Ada perkara yg perlukan perbincangan... Tindakan ibu bapa tu juga akan memberi kesan terhadap anak derang sebab guru yg mengalami perkara tersebut mungkin akan tawar hati tok mengajar anak mereka... Tak da guru yg menghukum murid jika murid tak melakukan kesilapan....
Guru hanya menjalankan tanggungjwab mereka dan ada masanya guru melakukan kesilapan kerana guru hanyalah manusia biasa yg tidak pernah lepas dr kesilapan.....

Wednesday, April 28, 2010

Jengok kejap

Lama gak rasanya sik menjengok aku pun blog tok.... msih tak cmplete lg blog aku ni... Di sebabkan terlalu sibuk dgan pelbagai urusan dan tanggungjawab sebab tu lah tak de masa nak menjengok blog aku ni... msin terkontang kanting lagi blog ni.... hehehhe.... aku pun tak de idea nak mengisi blog aku ni... nanti kalo aku dah rajin barulah aku mengharmonikan blog aku ni.....
Kerja kat sekolah makin belambak sebab ckgu semakin kurang kat sekolah sekarang..... Sampai sekarang sek kita org msih belum dpat guru pengganti lagi tok ckgu yg berpencen bulan 3 lepas... Dan semalam pulak ckgu yg sorang tu bersalin seblum sampai due.... Dia dah selamat di bedah d hospital normah dan mendapat anak perempuan... Dengar khabar dia terpaksa di bedah sebab anak dia songsang.... Mesti anak dia kiut mcm dia gak...
So bertambah lagilah kelas sit in pas ni..... Harap ada tindakan dr pihak pejabat dan menghantar guru ganti kat sek ni.... Sekarang ni kita org sibuk untuk smbutan hari guru nanti..... Sibuk mengutip yuran, membuat baju tok ari guru dan merancang aktiviti tok ari guru..... Kite org yang di raikan kite org gak yg wat segalanya tok sambutan Hari Guru ni..... Sebelum tu kita org akan turun padang tok bergotong-royong membersihkan sekolah..... Selamat Bergotong Royong Warga St Raymond Mujat

Saturday, April 17, 2010

Kembar oh Kembar...

Aku suka tengok anak2 kembar ni.... Di sekolah aku bnyak gak pasangan kembar ni... Setiap kelas yg aku ajar ada pasangan kembar... Yang jd msalahnya... aku tak dpt membanding bezakan derang... Selalu je tersilap panggil..... Tp seronok bila tengok pasangan kembar ni.... Ayah aku sendiri pun kembar gak... Tp sayang, kembar ayah aku dah meninggal.....
Pasangan kembar ni berada di kelas taun 5.. Nama mereka Grizzley dan Frizzley.. Tp tak tau yg mana satu Grizzley dan Frizzley....Yang lwaknya bila kita silap panggil mereka.....
Pasangan kembar ni berada di Thun 3.. Nama derang Nurlyiana dan Nurlyiani... Yg seorang pendiam sikit dan seorang tu jenis k-po....Pernah sekali dlam kelas aku marah org yang salah.... Salah aku gak men hentam je marah derang last2 aku gak yg malu.... tp kebnyakan kembar d sekolah aku perempuan...
Nama pasangan kembar ni ialah Rose Azira dan Rose Azila.. Mereka taun ni akan menduduki UPSR.... Yg seorang tu msih d level pemulihan dan seorang lagi kira oklah dlam kelas....
Hampir setiap taun SK ST Raymond Mujat ada pasangan kembar..... Tahun satu taun ni pun ada pasangan kembar tp tak seiras... tak sempat plak nak amik gmbar derang...... Dan yang pastinya aku suka dgan pasangan kembar.... Pasangan kembar ni ialah Elvilysa dan Fresa.... Derang ni top student tahun 6... Sentiasa bersaing tok dpat tmpat pertama dlam kelas....

Koleksi Ina Buyoo


Time aku kat maktab dulu aku minat betul dgan Blues Untuk Aku ni... aku minat cite ni.. Hero cite ni Sahak dan heroin pulak Jessica... Aku sanggup potong duit belanja aku semata-mata nak beli majalah blues ni... Dulu cita ni d selitkan dalam mjalah Apo kalo tak silap aku... Pas tu cita ni ada komik sendiri iaitu Blues Selamanya... dlam sebulan majlah ini d keluarkan 2 kali... Aku penah beli majalah Spesel Edition Blues ni... Majalah SE ni ada kaset sekali.. Lagu leh tahan bestnya... Layan jiwang dngar lagu blues ni.... Tp ilang dan tak tau p mana pas boypren kepada member aku pinjam... Sakitnya hati time tu.... Time posting aku msih lagi kumpul majalah ni... sampai lah satu masa aku dah tak dpat nak kumpul lagi sebab time kat ulu dulu susah nak kua.... Dan yg pling menyedihkan org yg pinjam mjalah aku tu tak pandai nak hanta balik... Ni je lah lg yang tinggal...... Dan yg sempat aku selamatkan...


Selepas berputus asa dan malas nak kumpul majalah blues tu aku pun beralih arah lah pulak.... Aku mula berminat dgan Novel... Lg pun sekarang ni Majalah Blues Selamanya dah tak wujud lagi dah..... ini adalah antara novel yg aku minat...... Aku memninati hasil karya Norhayati Berahim dan Fauziah Ashari... Aku suka jalan cita yg di hasilkan oleh dua org penulis ni..... Novel lah peneman aku time aku boring dan tak tau ape nak wat.. Novel ni aku jaga bebetul tp ada gak sesetengah pihak tu pinjam tak bagi balik....
Selain dr ni aku juga suka kumpul cermin mata hitam.... tp semua aku beli kat pasar minggu... dr serikin pun ada gak.... hehehhe..... tp same jenis dan pesen je cermin mata yg aku kumpul tu..... Aku gak peminat dragon ball... bnyak gak kartun dragon ball yg aku dah kumpul....Macm budak kecik je... Tp aku suka.... Apa pun aku sayang sangat dgan koleksi2 aku ni..


Monday, March 29, 2010

alkisah aku....



Aku di lahirkan dan membesar didalam sebuah keluarga yg kecil tetapi bahagia dan hidup dalam kesederhanaan. Aku anak ke dua daripada 3 org adik beradik... Aku di lahirkan di Sebuyau tanggal 14 Julai 1981.. Ni lah adik beradik aku. Aku ada seorang abang dan seorang adik perempuan... Abang aku mempunyai seorang anak perempuan dan adik aku mempunyai seorang anak lelaki dan seorang perempuan.. Dan aku.. belum lagi.. Macam mana nak ada anak kawin pun belum... Taun depan genaplah umur aku 30 taun... Orang tua dah bising dah dgan soklan bonus bila aku nak menamatkan zaman bujang aku ni... Jodoh di tangan Tuhan.
Dulu aku bersekolah di Sk Tuanku Bagus Sebuyau.... kemudian aku myambung persekolahan aku di SMK Sebuyau... Lepas SPM aku masuk maktab Perguruan Rajang... Tamat je aku posting d SK ST Pius Long San Baram... 3 taun di sana kemudian aku berpindah ke SK ST Raymond Mujat sampai la ni.....
Tu lah alkisah diri ku... akan besambung..